MaRi BeLaJaR MeNjAhIt!

Selama ni aku selalu surf cari-cari peluang belajar menjahit jubah. Ada juga beberapa tempat yang menawarkan kursus intensif sehari jubah tapi tak tahu lah kenapa tak tergerak nak call ke email ke bertanya tentang kursus mereka. Hari Jumaat lalu, aku tak keluar lunch, terfikir pula nak cari-cari tentang kelas jubah.

Memang sudah jodoh, aku terjumpa website bengkel jahitan yang dikelolakan oleh Puan Norhayati Ismail (Kak Yati) dari TikFashion. Seorang guru yang sudah 12 tahun berpengalaman dalam mengendalikan kelas menjahit di mana sebelumnya beliau membuat kelas dari rumah ke rumah. Tabah kan! Beliau mempunyai pengalaman yang meluas tentang jahitan.

Aku langsung tergerak nak call dan bertanya tentang kelas, kebetulan (oh..dalam hidup ni mana ada istilah kebetulan kan, yang ada hanya lah takdir) ditakdirkan kelas jubah seterusnya ialah hari Sabtu 17hb Nov. Ada kosong pulak tu…Alhamdulillah rezeki datang secara maya… :)

Jadi, malam tu juga bank-in deposit. Pukul 10.30 mlm baru masukkan. Memang la esok je nak pergi kan, boleh je bayar terus tapi belajar lah ikut rules and regulations ye adik-adik..hehe.

Kelasnya bertempat di Dewan Konferen 3 di Masjid Al-Guffran, TTDI. Hebat masjid ni, ada banyak kemudahan disediakan. Ada juga bilik-bilik untuk disewa pada musafir yang perlukannya.

Ok…ok… (dah keluar topik) kelas start pukul 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Hari tu hanya ada 6 orang pelajar sahaja. Maksimum untuk kelas Kak Yati ni seramai 9 orang. Aku, Hidayah (Masjid Negara, menggantikan kakaknya), Kak Zakiah (Tmn Melawati), Saida (Putrajaya), Zulfa (Masjid Al-Ghuffran) dan Kak Minche (guru dari Sarawak). Cikgu Minche tu sampai lewat sikit tapi dia orang kedua yang siap. Yang paling laju Saida. Aku biasalah, yang last-last.

Nasib baik lah Kak Yati ni sabar betul mengajar aku. Dua anaknya Kak Teh dan Iffa pun baik menunjuk ajar. Aku memang jenis slow sikit. Satu yang aku nampak kelemahan seorang engineer belajar menjahit ni kan ialah, terlebih teknikal. Sebabnya, bila aku lukis pelan dasar baju tu, nampak sangat kotak-kotaknye, maklumlah dah terbiasa buat technical drawing..hehe. Kak Yati pun akan jadikan draf tu ‘lembut’ dan berseni. Baru lah ada rupa tukang jahit profesional!

Ni lah rupa aku men’draf’… kena lah di’seni’kan oleh Kak Yati..hehe

Kelas yang selesa dan teratur

Haaa… dapat sijil lagi tau…best best…yg kelabu cerah jahitan senget benget tu aku punya lah tu… jgn tengok dekat-dekat!

Pelajar hari tersebut…6 orang semuanya, memakai jubah masing-masing..alamak aku terkebelakang sikit tak nampak le..hehe

Senja baru habis, nampak IKEA kat seberang, masjid ni eblakang Petronas tu je…sempat solat Maghrib kat situ dulu. Seronok dapat belajar sesuatu yang aku memang minat. Menjahit ni dari dulu menjadi hobi yang paling lama dengan aku. Buat kek ke biskut tu hobi yang buat kadang-kadang bila nak je tapi menjahit ni kalau tak buat lama macam meruntun-runtun je rasanya…huhu jadi aku rasa aku memang ada hubungan hati lah dengan seni jahitan…boleh lah kot aku asah ketumpulan seni aku ni kan…huhu

Hujung minggu ni, aku nak sambung dengan kelas jahitan baju kurung pulak. 2 hari berturut-turut. InsyaAllah dapat lah aku ilmu yang aku nak ni…amiin…

This entry was posted in Me, Sewing. Bookmark the permalink.

19 Responses to MaRi BeLaJaR MeNjAhIt!

  1. jemahnaknyampok says:

    indahnye ciptaan tuhan utk akak….segala2nye pandai + cantik..nak tempah leh..hihi

  2. jemahnaknyampok says:

    Multiporpose….;-)

  3. ciklaili.com says:

    tahniah Yan..lama2 nnt mesti teror menjahit jubah. Bolehlah tempah sepasang ;)

  4. yan says:

    InsyaAllah…. Berdoa agar boleh dijadikan salah satu punca rezeki…amiin

  5. hawa says:

    Seronoknya belajar menjahit yan.. aku dah lama tak menjahit gak ni… sejak anak yg ke 4 lahir.. lama tak pegang mesen dan kain… mau byk dh lupa… huhu

  6. Pingback: Bengkel Jubah ke-7: Seronoknya pakai jubah yang dijahit sendiri | Bengkel Jahitan Dot Com

  7. sivanes says:

    wah bestnye…bagus bagus

  8. sivanes says:

    Tahniah..bravo my good fren..lepas retire boleh la u buka kedai menjahit

  9. Shukry says:

    Salam… akak nie pandai menjahit ye… semoga akak suka dengan apa yang akak buat. Selamat maju jaya..

  10. Minche Ambun says:

    salam…….bila tengok gambar peserta Jubah geli hati saya .Yang bestnya lepas dapat sijil cikgu Yati suruh pakai.Nak tau,saya pakai jubah yg saya jahit balik Sarawak saya padankan dengan tali pinggang besar…eh cantik juga macam dress pula. Cikgu Yati terima kasih atas ilmu yg dikongsi bersama.

  11. Pingback: JuBaH KuNiNg EmAs | olivehijau.com

  12. Pingback: Pengalaman Peserta: Terus kembangkan ilmu… | Bengkel Jahitan Dot Com

  13. intan says:

    best baca pengalaman menjahit…! tq for sharing :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>