Dua tiga minggu ni bukanlah minggu teknologi dan gadjet terbaik aku. Berikut apa yang telah terjadi (untuk rekod saja, tiada apa yang boleh dilakukan bagi melegakan rungutan ini melainkan dihadiahkan atau diganti unit yang baru..huhu).
- Mesin jahit -ntah kenapa sejak minggu lepas asyik patah jarum je. Satu malam sampai 5 jarum sekaligus. Bila aku dah tak sanggup lagi nak layan, aku simpan dan sorok dia kat tepi dinding. Buat-buat tak pandang dia. Kecik hati! Tapi bila di pejabat, rindu-rinduan….bila baring tengok tv malam-malam (sepatutnya aku menjahit time tu) aku rasa sedih sangat…. aku berikrar untuk cuba lagi…tak mahu putus asa dengan dia….
- Telefon bimbit - suka sangat restart/reboot suka-suki dia je. kadang-kadang tu tengah-tengah bercakap tiba-tiba dia matikan diri sendiri dan hidup kembali! Adusss…. kerap sangat dan sampai aku rasa nak buang dia. Bateri dia pulak pendek sangat jangka hayat..sat-sat activate reserved power. Nyampah tau… tapi aku tak menyimpan duit untuk beli yang baru pun. Ingat nak beli Samsung. Asal boleh call in/out, sms (penting wooooo) dan surfing FB/blog..huhu cukup lah… walau aku perasan IT savvy gak lah kan dan sibuk-sibuk nasihatkan orang dan dicari-cari time nak minta di’explain’kan spec gadjet, tp aku sendiri tak beli-beli..haha
- Kamera - D90 aku telah disahkan bakal dilupakan sementara selepas Myra dengan tidak sengajanya telah menjatuhkan dia ketika cuba berjengket-jengket menarik tin biskut dan tertarik tali kamera tersebut jatuh dari meja. Aku tak terkata apa-apa. Sekejapan dia kelihatan menangis kuat dan tak berhenti berkata ‘Aya minta maaf, Mummy’... hmmm… body mungkin ok lagi, perlu test dgn lens lain kot. Lens nya confirm error…fatal. Nasib lah kit lens je tapi itu je lah lens yang aku ada pun! Lepas ni kena simpan duit beli wide-angle lens…huh
- Laptop – hari ini Zikr pula agak aggresif. Mula-mula sedang buat latihan, dia main-main, aku tegur dia supaya lebih bersungguh-sungguh. Aku ada sebut ‘jangan main-main nanti Tuhan marah’, tak semena-mena dia menangis. Aku keluar bilik untuk entertain Myra kejap. Tak semena-mena Zikr dah baling-baling bantal dna sepahkan bilik. Laptop yang (lama betul nak sampai part laptop kan..hehe) kebetulan ada di bilik turut tertarik dan dijatuhkan. Tindakan tidak sengaja lagi telah berlaku! Nasib baik lah malam ni aku check laptop ni ok pulak..tak de apa-apa. Mula-mula je masuk safe mode, mungkin sebab tak properly shut down tadi kan.
- TV – tunggu masa je ni..hari-hari diorang baling barang, sipi-sipi je nak kena kat permukaan skrin dia. Kalau baring tengok tv tu, kaki pun dah naik atas dah. Calar tu toksah cakap le… tengok pun rasa terganggu, sebab nampak sangat kesan-kesan crayon lah… tapak tangan melekit-lekit lah kat skrin dia… kalau aku lap hari ni, esok ada lagi…hmmmm
Selepas isu kamera D90 dan Laptop tu, aku dah kurang sabar sikit. Aku ambil wudhu’ dan solat Dzuhur sebelum aku beritahu ayah untuk keluar sekejap. Zikr masih menangis lagi. Tapi ayah dah perasan yang aku dah start hilang sabar dah, jadi dia suruh aku keluar tenangkan diri sementara dia jagakan anak-anak kejap.
Sepanjang drive tu (tak tahu mana nak pergi masa tu) mengalir gak lah air mata. Itu reaksi aku kalau marah, bila menangis, marah tu akan automatik hilang. Masa kamera jatuh malam sebelumnya, aku masih boleh lagi sabar, aku biar Myra dengan perasaan bersalahnya sekejap sebelum aku peluk dia dan explain yang dia perlu lebih hati-hati dan sentiasa beritahu Mummy kalau nak apa-apa. Sebab ini bukan kali pertama jadi benda-benda macam ni, ingat masa dia kena air panas masa nak buat susu sendiri? hmmm memang karakter dia macam tu. Suka nak buat sendiri.
Dalam hati sedih gak lah, aku ingat lagi kegembiraan masa mendapatnya (D90) dulu. Bukan main mahal lagi time tu, sekarang ni dah murah dah. Akhirnya rosak dalam sekelip mata. Hmmmm… tapi aku sedar yang dalam hal anak-anak ni tak boleh buat apa. Diorang ni belum faham apa-apa sangat pun. Lagi pun kamera boleh beli lagi…Myra? Kegembiraan mendapat dia….hanya satu dalam sepanjang hayat aku ni…tiada gantinya.
Tapi lepas kes laptop tu aku perlu masa nak digest apa yang berlaku ni. Sebab kejadiannya back-to-back kan. Anak-anak memang lasak. Kebiasaannya sebelum bertemu dan aku cerita, kawan-kawan tak percaya, ada yang kata aku je yang tak biasa dengan budak-budak sebab tu rasa susah jaga diorang. Tapi bila dah jumpa, semua pun surrender, anak-anak aku memang lasak…
Aku dah lama berhenti bawa diorang beli barang dapur, kecuali terpaksa. Biasanya mesti tak beli apa-apa…sama ada sibuk bekejar ke sana-sini sambil terjerit-jerit atau aku yang hilang mood dan nak cepat-cepat balik! Setiap kali makan di kedai, tak sah tak tumpah air, nasi terbalik, terjerit-jerit dalam kedai nak sesuatu, pukul memukul atau pun muntah dalam pinggan. Mesti berlaku, wajib lah.
Tapi seiring dengan waktu, aku juga belajar. Aku sendiri terkejut dengan reaksi aku masa kes kamera tu. Aku rasa dah berusia kot. Kurang sikit amarahnya. Dan aku selalu rasa yang kesan menyusukan anak lebih setahun ni bantu aku sayang diorang lebih (bukan aku kata yang tak BF tu tak sayang anak, cuma applicable kat aku je lah ni). Aku nak marah je, aku teringat rasa sayang aku kat dorang tu dan nampak precious je kat mata. Cthnya, kalau diorang pecahkan pinggan, aku nampak macam dua-dua tu buat muka comel dan flying kiss kat aku..heheh. lebih kurang lah perasaannya. Huhu….
Ntah lah…. tak apa lah. Sabar je lah Yan. InsyaAllah ada ruang dan kesempatan untuk beroleh yang baru. Aku singgah sebuah mall di kota raya (ish rahsia tau tempat lepak I..huhu), beli susu dan pampers. Beli juga McFlurry Horlicks dan Oreo yang mengancam tu untuk anak-anak. Tak sabar untuk pulang dan lihat wajah kesayangan tu…
Tau apa soalan pertama Zikr bila aku sampai rumah?
“Mummy kata tak de duit, tapi boleh pergi shopping beli barang banyak ni”
Alahai…. nasib baik lah Mummy sayang kamu, Zikr oi!











































